Walaupun Mahkamah memutuskan sebelum ini untuk tidak menyambung reman dan membebaskan 24 orang aktivis PSM, tetapi kami mendapat maklumat bahawa pegawai polis dari Bukit Aman berada di perkarangan Mahkamah Butterworth untuk membuat satu lagi siri tahanan dibawah Ordinan Darurat.
Aktivis PSM 6 orang yang ditahan tersebut dibawa ke Bukit Aman pada hari yang sama. Pasukan peguam yang diketuai oleh Edmond Bon dan rakan-rakanya sudahpun berada di Bukit Aman memastikan jika sebenarnya keenam-enam aktivis PSM EO6 dibawa ke Bukit Aman. 






Pada 1hb.Julai, 2011, Song Min Youn dibebaskan dan dihantar balik ke Korea tanpa apajua tuduhan dan syarat. Maka ianya membuktikan bahawa naratif pemerintah dan medianya hanyalah suatu manipulasi politik memburukkan PSM dan kempen kami. Dengan bebasnya komrad dari Korea itu, maka ianya memperkuatkan desakan kami bahawa Romy Castillo juga harus 





